FOLLOWERS

December 19, 2010

14.SMKA Nurul Ittifaq Community Portal currently unavailable

Printscreen bila anda buka www.nurulittifaq.ning.com.who can solve this problem..

13.Katakan Tidak Kepada PUTUS ASA

              Kegagalan seakan satu perkara yang telah sebati dengan kehidupan setiap insan.Namun, tiap kali kegagalan itu berlaku, ketabahan dan penerimaan masih tiada.Pasti akan disusuli dengan kekecewaan
Sedangkan ini adalah perkara lazim dalam kehidupan.Setiap kali kegagalan itu bertandang, terlalu sukar untuk diterima oleh hati.Ada saja persoalan yang ditimbulkan mempertikaikan kegagalan yang diperoleh.Kegagalan itu membawa kepada rasa putus asa dalam diri.Namun, ingin saya bertanya, adakah berputus asa itu satu perkara yang wajar dilakukan jika kita berhadapan dengan kegagalan?Sedangkan, kegagalan bukanlah penghujung kepada kehidupan dan 'jalan mati' kepada kejayaan.
             Seperti yang selalu kita dengar, ramai yang berjaya selepas menemui kegagalan.Dan kegagalan itu yang membuatkan seseorang lebih matang dan berhati-hati dalam menyusun perjalanan kehidupan.
Pernahkah anda berdepan dengan rasa putus asa?
Setelah berbagai-bagai rintangan dan dugaan anda tempuhi, tetapi dipatahkan dengan rasa putus asa yang tiba-tiba melintas di fikiran.Bukankah itu membuatkan anda berada dalam kerugian.Setelah masa dan kudrat habis pada sesuatu perkara, dengan mudah rasa menghasut dan menggagalkan apa yang diusahakan selama ini. Jadi, adakah segalanya berbaloi?
Lawan Perasaan Putus Asa
Paling penting adalah untuk menghadapi rasa putus yang datang.Bukan takut kepada kegagalan kerana tanpa kita sedari, putus asa ialah punca kepada kegagalan.Bukan kegagalan punca kepada timbul rasa putus asa.Kesilapan sering terjadi di situ.Putus asa juga bukan satu sikap yang baik untuk mereka yang bergelar pelajar.Kerana, dalam dunia sebagai seorang pelajar terlalu banyak dugaan dan kepayahan yang akan ditempuh.Hanya terletak kepada mereka yang mengidamkan kejayaan yang akan terus mempertahankan kekebalan semangat mereka tanpa menghiraukan rasa putus asa yang sering datang tidak mengira masa dan waktu.Jika terasa malas sewaktu belajar, itu juga merupakan sikap putus asa yang membawa kepada kegagalan.Kita perlu ingat, jangan jadikan putus asa sebagai salah satu agenda dalam diari hidup kita.
Tetapi jadikan rasa inginkan kejayaan dan mengejar kepada kehidupan yang lebih bermakna sebagai matlamat kita.
                     Putus asa seakan musuh yang tidak kita menyedarinya. Sikap itu datang dalam keadaan spontan dan halus.Seharusnya kita mengetahui erti putus asa.Putus asa ialah musuh utama yang akan membawa kepada pelbagai sikap negatif lain.Malas timbul kerana rasa putus asa. Hilang semangat juga timbul kerana putus asa.Semuanya bermula daripada putus asa.Jangan biarkan rasa putus asa menguasai diri kerana akan membawa kepada sikap negatif yang lain.Ketahui sikap itu dan tanganinya. Pasti kejayaan milik kita.

July 7, 2010

12.Nasib UPSR & PMR

                 Kementerian Pelajaran akan mengadakan perbincangan meja bulat bagi mengumpul pandangan mengenai cadangan memansuhkan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 19 dan 27 Julai ini.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, rumusan perbincangan meja bulat itu akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada awal Ogos nanti.
Kata beliau, pihaknya berharap agar dua perbincangan meja bulat itu akan berjaya mengumpulkan pandangan menyeluruh setiap lapisan masyarakat berkaitan pemansuhan UPSR dan PMR tersebut.
"Perbincangan meja bulat pertama pada 19 Julai ini dikhususkan untuk wakil-wakil warga pendidik seperti pegawai-pegawai kanan kementerian, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, kesatuan dan persatuan guru, pengetua, guru besar serta kaunselor sekolah.
"Perbincangan kedua pada 27 Julai pula dikhususkan untuk pihak-pihak dari luar kementerian seperti tokoh pendidikan, ahli akademik di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, ahli politik, wakil agensi kerajaan, wakil pertubuhan bukan kerajaan dan pihak lain yang berminat dan berkepentingan dalam isu ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya, kementerian sentiasa membuka ruang kepada setiap lapisan masyarakat di negara ini untuk memberi pandangan serta pendapat mengenai cadangan memansuhkan dua peperiksaan utama itu.
Pandangan orang ramai melalui media cetak dan elektronik akan terus dipantau dan diambil kira untuk dibincang ketika perbincangan meja bulat itu berlangsung.
Sementara itu, orang ramai yang mahu mengemukakan pandangan boleh berbuat demikian dengan menghubungi khidmat pelanggan Kementerian Pelajaran di alamat kpkpm@moe.gov.my atau alimuddin.dom@moe.gov.my.

July 1, 2010

11.SMKA Nurul Ittifaq Community Portal

Assalamualaikum.To all ex-students,you are invited to join our community portal.Just click here :  Community Portal

Paparan antaramuka portal.

June 17, 2010

10.Kelebihan Bulan Rejab

 
           Bulan-bulan Hijrah datang dan pergi tanpa disedari.Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya.Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanfaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah;

1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
 
2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

4. Malam awal Rejab mustajab do'anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang,yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

15. Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.

16. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang kurangnya sebiji roti.

19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.

21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.

22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!

23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau'.(dari kitab Raudatul Ifkar)

25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

26. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

27. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

May 26, 2010

9.Pelajar Ugut Bunuh Guru

            Seorang bekas pelajar hari ini diperintahkan menjalani pemulihan di Sekolah Henry Gurney, Melaka, selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mengugut membunuh gurunya bulan lepas.
Majistret Juvana Suhaily Samsudin memerintahkan hukuman terhadap pesalah juvana berusia 17 tahun itu bermula hari ini dan turut memerintahkan ibu juvana tersebut dikenakan bon RM1,000 tanpa cagaran selama tiga tahun.
Beliau juga membenarkan ibunya melawat pesalah itu sebulan sekali di sekolah berkenaan.
"Anak kamu ini tidak berdisplin, mahkamah memerintahkan dia dihantar ke sekolah itu,” kata Suhaily kepada ibunya yang tidak menunjukkan reaksi semasa menjatuhkan hukuman.
Remaja itu didakwa mengugut dengan berkata: “Apa kata kalau aku hantar orang bunuh kamu?” kepada Rosli Abdul Aziz, 54, di tempat letak motosikal Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda di sini pada jam 8.30 pagi, 21 April lalu.
Pesalah juvana itu telah dibuang sekolah kerana masalah disiplin sebelum kejadian itu.

May 15, 2010

8.Happy Teachers Day


Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar guru.
Khususnya guru-guru SMKA Nurul Ittifaq.
Guru Pembina Negara Bangsa
Terima Kasih Cikgu,
Kami sayang cikgu..

May 6, 2010

5.Jawi Tulisan No.2 Di Dunia

Pelajar beragama Islam perlu menguasai tulisan jawi kerana ia merupakan tulisan nombor dua berpengaruh di dunia selepas rumi selain membantu mereka memahami al-Quran.
Timbalan Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Datuk Fatah Abdullah berkata, langkah Kumpulan Utusan menerbitkan sisipan akhbar tulisan jawi dalam akhbar Utusan Malaysia perlu disokong bagi memastikan ia terus relevan dengan perkembangan semasa.
Sehubungan itu tegas beliau, tiada sebab jawi dikorbankan apabila rumi menjadi tulisan rasmi negara.
''Selain digunakan dalam al-Quran, kita patut berbangga kerana tulisan jawi diiktiraf di peringkat antarabangsa dan pernah menjadi tulisan perdagangan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
''Ketika itu pedagang Eropah dan China turut menggunakan tulisan jawi semasa menjalani urusan perdagangan dengan orang Melayu Melaka, India dan juga negara-negara dari benua Afrika dan Semenanjung Arab," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis taklimat program Koperasi Sekolah 2010 di sini hari ini.
Pada majlis itu, seramai 100 guru dan guru besar daerah Temerloh, Maran dan Bera diberi penerangan mengenai konsep koperasi serta program sempena Hari Koperasi Sekolah pada 27 Jun hingga 3 Julai ini.
Sehubungan itu kata beliau, Angkasa menyokong usaha Kementerian Pelajaran membenarkan koperasi sekolah menjual akhbar tersebut di semua sekolah di seluruh negara.
Sementara itu Penolong Pengarah (Bahagian Seni, Sukan dan Kokurikulum Sekolah), Kamaruddin Ismail berkata, sebanyak 1,821 koperasi sekolah yang berada di bawah naungan Angkasa kini menjual akhbar Utusan Malaysia.
Menurut beliau, akhbar itu dijual pada harga istimewa di kedai koperasi di bawah program Akhbar@Sekolah.
Selain terdapat sisipan jawi katanya, banyak bahan yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia dapat membantu guru sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) seperti sisipan pendidikan Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP).
''Malah, ADaP dapat dimanfaatkan oleh pelajar sebagai persediaan menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)," katanya.
"Sebab itu Kementerian Pelajaran memberikan kebenaran dan menyokong usaha koperasi sekolah menjual Utusan Malaysia kerana ia dilihat mampu meningkatkan keuntungan koperasi di samping meningkatkan pengetahuan pelajar," tambahnya.

April 12, 2010

4.Cabaran Guru Bandar

           Mengajar di pedalaman memang memeritkan fizikal dan mental para guru. Masalah infrastruktur dan tiada bekalan tenaga elektrik serta air sememangnya memberi tekanan.
Guru yang sudah terbiasa dengan jalan berturap pasti tertekan bila terpaksa melalui jalan berlopak dan meredah belantara untuk sampai ke sesuatu destinasi. Apatah lagi jika perlu bersampan atau menaiki bot tanpa jaket keselamatan.Tiada bekalan air bersih dan air paip memburukkan lagi keadaan. Tenaga elektrik hanya bersumberkan set generator atau sel bateri basah pasti menimbulkan kesulitan.Bangunan sekolah dan tempat tinggal yang daif memang satu cabaran untuk guru di pedalaman.
          Bagaimanapun, guru di bandar juga punya cabaran tersendiri. Dalam bentuk berbeza namun amaun tekanan tetap sama.Bagi guru bahasa, Fenty Khosny, 36, mengharungi kesesakan jalan raya setiap kali pergi dan balik sekolah merupakan cabaran utama yang membazirkan masa dan wang.Menurutnya, dia terpaksa bangun seawal 5.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan supaya sampai ke sekolah tepat pada masanya."Perjalanan memakan masa selama 45 minit dari Seri Kembangan ke Gombak melalui Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2)," katanya.Laporan Khas Utusan Malaysia pada 15 Mac lalu menyatakan menggunakan MRR2 seolah-olah melalui 'zon perang' kerana keadaan jalan itu yang terdapat banyak 'periuk api' dan 'jerangkap samar' selain menyamakan keadaan jalan seperti menaiki 'roller coaster'.Dari segi bahaya, kata ibu yang mengandung tujuh bulan ini, risikonya hampir sama dengan melalui jalan di kawasan pedalaman.Malah mungkin lebih berbahaya kerana kadar kematian jalan raya di Malaysia merupakan antara yang tertinggi di dunia.
           Situasi serupa juga dilalui oleh guru pendidikan khas, Hasri Ismail, 38, yang bersolat subuh setiap hari di surau sekolah.Hasri yang menetap di Klang, Selangor dan mengajar di Petaling Jaya perlu keluar awal dengan menaiki motosikal biarpun memiliki kereta untuk mengelakkan kesesakan dan sebagai satu langkah penjimatan."Menunggang motor tidak kena tol dan lebih cepat sampai ke sekolah," jelasnya.Bermotosikal ke tempat kerja sudah menjadi trend kehidupan di bandar dan melibatkan semua jenis profesion.Pergi subuh balik maghrib sudah menjadi rutin harian Fenty dan Hasri.Berbeza pula halnya, dengan Nurazlina Ahamad Thamizi, 31, yang tinggal berhampiran dengan tempat dia mengajar.Guru Matematik di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi ini memberitahu, kesesakan bukan satu masalah tetapi kos sara hidup di bandar agak tinggi dan membebankan."Segala kemudahan memang tersedia namun ia datang dengan kos," ujarnya.Kata Nurazlina, barang keperluan harian dan upah pengasuh di bandar secara relatifnya lebih tinggi berbanding dengan kawasan kampung.Tambahnya, masalah yang sama turut membelenggu guru bandar yang tinggal di kuarters.Kelebihan tinggal di kuarters - di desa atau kota - ialah boleh berjalan kaki ke sekolah. Cuma di kota, kereta menjadi satu keperluan menyebabkan si guru menanggung bayaran ansuran bulanan.Hal ini tentunya memberi kesan kepada ekonomi keluarga guru di bandar berbanding di pedalaman.
          Sementara itu, bekas guru, Muninah Masiran, 57, berpendapat, cabaran utama mengajar di bandar adalah memenuhi harapan ibu bapa yang mahukan prestasi akademik anak mereka pada kedudukan tertinggi.Beliau berkata, tahap kesedaran ibu bapa di bandar tentang pentingnya pendidikan kepada masa depan anak masing-masing jauh lebih baik daripada ibu bapa di kampung atau kawasan pedalaman."Mereka akan mempersoalkan kewibawaan para guru jika prestasi pelajar tidak memuaskan," katanya.Berdepan dengan ibu bapa yang 'intelektual' ini menuntut kesabaran tahap tinggi kerana jika tersalah jawab boleh menyebabkan pertelingkahan atau kes diheret ke mahkamah."Masalah disiplin ada di mana-mana dan memerlukan kebijaksanaan para guru untuk menyelesaikannya," jawab Muninah ketika disoal perbandingan kes salah laku pelajar di bandar dan di pedalaman.
          Namun, bagi penuntut tahun akhir jurusan Pendidikan Dalam Sains (Fizik), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Farizatul Shima Hashim, faktor disiplin pelajar menjadi cabaran utama kepada dirinya.Pengalaman menjalani latihan mengajar selama enam bulan di sebuah sekolah di Subang Jaya, Selangor membuatkan dia membatalkan hasrat menjadi guru dan beralih cita-cita menjadi pensyarah."Ketika mengajar dalam makmal hanya pelajar barisan depan sahaja yang menumpukan perhatian manakala yang lain tidak ambil peduli malah membuat bising hingga mengganggu perjalanan kelas," ceritanya yang akan menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan Ph.D.Mungkin susuk tubuhnya yang kecil molek dan usianya yang masih muda serta status guru pelatih menyebabkan pelajar kurang menghormati Farizatul Shima.
          Walau apa pun, senario dan situasi yang dilalui oleh guru tidak kira di mana mereka mengajar memang mencabar dan perlu dihargai sama ada dalam bentuk insentif kewangan atau melalui ucapan terima kasih cikgu.
-UTUSAN-


April 8, 2010

3.Sahabat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

April 5, 2010

2.Bila Guru Luah Rasa

Tabik dan salam semua guru,

Dengan rasa rendah diri, saya memohon maaf sekiranya berlaku kesilapan fakta ,dalam kolum Perspektif Mysekolah Isnin lalu, berjudul Mencemburui Gaji Guru. Saya menerima puluhan warkah e-mel daripada guru, ada pro dan kontra. Ada yang menghentam peribadi saya 360 darjah tanpa saya sempat membela diri - tanpa belas kasihan. Namun saya tidak menyimpan sebarang sentimen.Tidak sangka saya akan guru-guru kita yang pandai menulis dalam nada sebegitu keras. Tetapi ada juga yang bersetuju dengan pendapat saya itu, dan mahu saya terus membongkar dan melondehkan hakikat.Tapi dalam diri saya masih mempunyai kewarasan pertimbangan. Maka saya berpendapat kalau saya menyiarkan pandangan yang saling bertentangan itu, tentu masyarakat akan menjadi tambah keliru - mana satu yang betul dan yang mana satu salah tentang guru-guru kita ini.

Namun begitu, saya tetap percaya bahawa guru berhak mendapat apa yang setimpal dengan beban tugasan mereka - khususnya guru yang mengajar, yang memimpin, yang mendidik, dan yang menjadi lilin kepada kesamaran dan kegelapan di pedalaman - walau mereka sendiri terpaksa bergelap.Keikhlasan, keberanian pengorbanan, perjuangan dan kemahuan yang tidak boleh diukur dengan apa-apa juga alat pengukur itu hanya boleh dihargai dengan ucapan terima kasih dan syabas.

Mungkin sedikit penghargaan boleh diluahkan melalui sejambak bunga, kad ucapan, ciuman pada tangan atau persembahan penghargaan pada hari-hari yang istimewa seperti Hari Guru, hari lahir, perayaan dan sebagainya.Sesungguhnya, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Berikut saya petik sebahagian daripada reaksi e-mel:

Sepucuk e-mel daripada Shafarizan Mohamed, eddeved@hotmail.com berkata, gaji pokok permulaan guru DG1 P1T4 bersamaan RM1,967.82, bukan RM2,500 sehingga RM2,700.
Kata beliau, tidak adil membuat 'pukul rata' bahawa semua guru yang ada di Malaysia ini tergila-gila kepada kenaikan pangkat dan kenaikan gaji.
''Sebelum saudara terbawa-bawa dengan tuduhan ini, saya cadangkan agar saudara memohon untuk kursus Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sekiranya saudara berumur belum 35 tahun dan masuk ke mana-mana institut perguruan kalau nak tahu macam mana kami menghadapi perkara-perkara yang tak masuk akal dan mencabar," tegas beliau.Tambah beliau: ''Saya bersyukur dan berterima kasih akhirnya kepada bapa saya kerana memaksa saya memilih kerjaya sebagai guru kerana setelah setahun saya menjadi guru, baru saya memahami maksud saya itu. Tugas sebagai seorang guru bagi saya lebih menyeronokkan kerana:

i) kerja kurang daripada lima jam,

ii) tidak terlalu pening kepala dan

iii) tiap-tiap hari jumpa murid yang comel dan petah bercakap menyebabkan kita bersemangat nak mengajar mereka."

Tambah beliau: ''Bagi saya biarlah akaun gaji duniawi saya tidak seberapa asalkan akaun gaji akhirat saya melimpah ruah kerana saya percaya Allah sahaja yang boleh menilai kerja saya dan keikhlasan saya."
Elia Hasimi di eliahasimi@yahoo.com pula menceritakan susahnya bertugas di pedalaman.
Berikut ialah luahan isi hati beliau.

''Saya sendiri seorang guru dan bertugas di kawasan pedalaman. Kalau hendak ke sekolah saya, kita akan naik van dari bandar S ke bandar K. Selepas itu, kita perlu naik perahu selama lima minit untuk menaiki van ke tebing sungai yang satu lagi selama 15 minit. Setelah sampai di situ, kita perlu naik long boat selama satu jam ke sekolah. Kami hanya keluar sekali seminggu untuk mendapatkan bekalan makanan.

Hanya beberapa rumah staf di sini mempunyai Astro. Itu pun bukan disediakan oleh kerajaan. Saya pernah pada satu ketika dahulu memiliki antena televisyen biasa. Semua ditanggung sendiri. Untuk pengetahuan saudara, bukan senang bertugas di kawasan seperti ini lebih-lebih lagi dalam kalangan guru beragama Islam. Oleh itu, saya rasa usaha yang bagus kerajaan sediakan rumah untuk kami berteduh.

Yang paling kelakar saya baca tulisan saudara ialah berkenaan dapur pun disediakan oleh kerajaan. Sebenarnya dapur dan tong gas kami beli dan bawa sendiri dari pekan. Bukan mudah bertugas di tempat ini lebih-lebih lagi tiada coverage (liputan) untuk talian telefon. Kalau nak bertelefon, kena panjat bukit yang tinggi baru dapat coverage.Anda tidak berada di tempat kami, dan anda tidak rasa apa yang kami rasa."

Adni Atha e-mel athaadni@yahoo.com.my dalam coretannya bertajuk Pendidik Pedalaman Wajar Di Hormati menegaskan, setelah 20 tahun menabur bakti, hampir 13 tahun saya mengajar di pedalaman, tiada yang percuma, di pedalaman, semuanya memerlukan perbelanjaan yang besar. Semua perkakas terpaksa dibeli, seperti katil, tilam, apatah lagi jika hendak memasang Astro.Jangan menyalahkan guru atas kurniaan gaji yang Kementerian Pelajaran berikan, tetapi carilah mengapa pihak KPM memberi elaun pedalaman kepada warga pendidikan di pedalaman.Berkenaan akujanji pula, pengirim e-mel itu berkata, ''bagi guru-guru yang baru dilantik, mereka diwajibkan 'bersumpah' untuk menyimpan rahsia serta menjalankan tugas dengan penuh amanah dalam borang akujanji.

Selain daripada itu, para guru juga diberikan sasaran tertentu seperti Sasaran Kerja Tahunan (SKT) yang perlu dicapai untuk digunakan oleh ketua jabatan (Guru Besar/Pengetua) menilai prestasi dipenghujung tahun dalam borang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
Hal ini bermakna semua warga pendidik sudah ada akujanji atau Bai'ah seperti yang saudara sebutkan."Tambah pengirim e-mel itu: ''Kami warga pendidik amat mengharapkan sokongan berterusan daripada semua pihak dalam menjayakan hasrat murni kerajaan untuk mewujudkan rakyat celik huruf dan angka melalui NKRA Pendidikan."

Pengirim e-mel fazlinfy@gmail.com mengirim e-mel dalam bahasa Inggeris dan saya alih bahasa. Lebih kurang seperti berikut: ''Saya tinggal di dalam rumah yang disediakan oleh kerajaan.Rumah itu kosong, kecuali almari pakaian di setiap bilik dan kabinet dapur. Tiada katil, tiada tilam dan sudah tentulah tiada peti televisyen. Jika seorang guru baru masuk ke sebuah rumah yang sudah lengkap, maka itu adalah titik keringat penghuni guru sebelum mereka.Saya terpaksa menunggu enam bulan sebelum saya memiliki televisyen dan dekoder. Saya terpaksa tidur di atas tilam angin. Saya tinggal bergelap bila solar hybrid mengalami kerosakan yang teruk, dan solar hybrid kadang kala mengalami kerosakan menyebabkan kami tinggal dalam kegelapan - sehinggalah ke hari ini."

Katanya: ''Sekolah di pedalaman masih kekurangan guru dan kakitangan. Guru menjalankan tugas pentadbiran untuk melicinkan perjalanan harian. Sekolah di bandar mempunyai juruteknik dan pustakawan mereka sendiri. Tetapi di pedalaman tidak ada semua itu. Guru terpaksa menjadi juruteknik dan pustakawan."Ada Guru Pusat Sumber terpaksa mengajar 37 waktu subjek English kerana kekurangan guru English. Dengan 37 waktu mengajar, maka guru-guru ini hanya tinggal satu masa senggang setiap hari, menyebabkan tugas pentadbiran di perpustakaan menjadi perlahan."

Kata beliau: ''Mengajar di pedalaman dengan murid yang sedikit lebih susah daripada mengajar sebuah kelas dengan 40 orang murid, kerana faktor kurang pendedahan dalam kalangan murid. Dengan kepadatan waktu mengajar tujuh hingga lapan waktu sehari menyebabkan cikgu kehabisan tenaga dek keletihan pada penghujung waktu dalam sehari."
Tentang elaun pedalaman, katanya, bila tinggal di pedalaman banyak duit dihabiskan untuk pengangkutan.''Ambil contoh berikut, seorang guru yang ingin mengeluarkan duit terpaksa ke Sandakan kerana tiada mesin ATM di Beluran. Kos pengangkutan dengan bot dari Kampung Bukit Besi ke Beluran berharga RM25 seorang. Kalau guru ini tidak mempunyai kereta, dia terpaksa membayar RM18 lagi untuk ke Sandakan.

Kos yang sama terpaksa ditanggungnya apabila tugasnya selesai dan hendak berpatah balik ke Kampung Bukit Besi. Kesemuanya akan menelan kos RM86. Kesemua ini akan menyebabkan elaun pedalamannya habis.Hal ini belum termasuk tiket penerbangan yang mahal jika hendak pulang ke Semenanjung untuk bertemu yang tersayang."

Seterusnya beliau bertanya: ''Encik Wahid, kalau anda cemburu dengan gaji dan elaun guru pedalaman, kenapa tidak saudara datang dan tinggal di pedalaman, dan mengajar di sini, Anda juga akan mendapat insentif. Apa kata saudara?"Berikut ialah jawapan saya, di sudut hati saya, saya sangat mencintai profesion perguruan. Jika diberi peluang mengapa tidak?
Jika ada kesempatan dan ruang, saya akan siarkan lagi beberapa e-mel minggu hadapan di ruangan istimewa Mysekolah ini.

March 29, 2010

1.Nik Nur Madihah inspirasi Habibah Hanan

KOTA BHARU: Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan (MMP), Habibah Hanan Mat Yusoff, 18, meneruskan tradisi kecemerlangan sekolah itu apabila memperoleh keputusan 15A termasuk 10A+ dalam SPM, semalam.
Beliau berkata, kejayaan Nik Nur Madihah Nik Kamal dalam SPM sebelum ini, menjadi inspirasinya mencapai kejayaan.
“Saya kaji cara mereka belajar dan menerapkannya dalam corak pembelajaran dan inilah hasilnya. “Saya belum memilih pusat pengajian tinggi kerana mahu berbincang dengan keluarga, selain keliru sama ada memilih bidang perubatan atau perundangan,” katanya.
Turut mencipta kecemerlangan di MMP ialah Nur Fatin Nadia Mazlan yang memperoleh 14A 9A+ hasil usahanya mengulang kaji sejurus pulang ke asrama. termasuk
Pelajar cemerlang dari Sekolah Menengah Sains Tengku Faris Petra, Nur Syuhadah Muhamad, 17, yang memperoleh 10A+ dan berhasrat menjadi doktor, berkata kejayaannya hasil amalan membaca al-Quran setiap hari dan meneruskannya sepanjang menunggu keputusan SPM.
Rakannya, Abdul Syakir Fakhri Adnan, 17, yang mendapat 11A+ berkata beliau memberi tumpuan dalam kelas dan menjaga hubungan baik dengan guru selain mengamalkan bacaan Yasin selepas solat Subuh.
Sementara itu, pelajar cemerlang Pahang, Ahmad Zhafir Zulkifli dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Temerloh menyifatkan kejayaannya memperoleh 11A+ hasil Program Guru Muda di sekolahnya.
Pelajar Orang Asli keturunan Jakun, Noor Fatina Emelin Nor Fadzli, 18, dari SBPI Kuantan, yang mendapat 9A iaitu 4A+ dan 5A berhasrat mengikuti bidang Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaya